suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesakit Mental Bakar Jururawat 'Hidup-Hidup'

TEL AVIV: Tidak puas hati dengan cara jururawat bertugas merawatnya, seorang pesakit warga emas telah bertindak membakar wanita itu hidup-hidup.

Suspek berusia 70-an itu telah ke klinik di Holon untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun layanan jururawat itu telah menimbulkan kemarahannya.

"Tercetus pertengkaran tercetus antara meeka dan tanpa diduga dia menyimbah bahan mudah bakar pada jururawat yang menjaganya,” kata seorang pegawai kanan polis kepada portal berita Ynet seperti dilaporkan AFP.

Suspek melarikan diri dari tempat kejadian selepas membakar mangsa, Tova Kararo, 56, yang maut akibat kecederaan parah.

Bagaimanapun, suspek terbabit berjaya ditahan polis.

Media tempatan melaporkan, suspek telah diberi vaksin, namun menuduh jururawat cuba meracunnya.

Sementara itu, pengarah pusat kesihatan Clalit membayangkan suspek terbabit mempunyai masalah mental.

Maklumat itu turut disahkan jurucakap polis yang menganggap lelaki itu ‘tidak stabil.’

Tova Karero, Holon

Artikel Lain