suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Habiskan RM359,000 Demi Britney Spears

LOS ANGELES: Seorang lelaki di Amerika Syarikat sanggup menghabiskan wang sebanyak AS$80,000 (RM359,000) untuk melakukan pembedahan plastik semata-mata mahu kelihatan seperti bintang pop wanita, Britney Spears.

Lelaki itu, Byran Ray melakukan sedemikian kerana perasaan obsesnya terhadap Britney dan telah melakukan pembedahan tersebut bermula 14 tahun lalu.

Ray mengakui dia berasa sesuatu yang istimewa ketika kali pertama melihat Britney terutamanya paras rupa, suara dan tarian penyanyi itu yang dianggap sebagai pakej yang lengkap.

Malah pada usia 17 tahun, Ray bertemu doktor gigi untuk membetulkan gigi bagi mendapatkan senyuman seperti Britney.

Sejak itu, Ray menjalani lebih 90 pembedahan plastik untuk kelihatan seperti idolanya.

Tidak setakat itu, Ray juga mempelajari tarian Britney dan mempamerkan kehebatannya ketika mengunjungi kelab malam.

Selain itu, Ray juga menonton semua wawancara penyanyi pop tersebut, berpakaian sepertinya dan sentiasa menyanyikan lagu Britney.

"Saya terlalu meminati Britney dan mahu menjadi sepertinya.

"Malah ramai orang menyamakan saya seperti Britney, lebih-lebih lagi kawan rapat saya," katanya.

Britney Spears

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain