suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penggodam Dedah Cara Godam Telefon Trump

PRESIDEN baharu Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mungkin merupakan individu paling berkuasa di dunia, tetapi status itu tidak bermakna beliau terlepas daripada ancaman dan ugutan pihak yang membencinya, termasuk kumpulan penggodam terkemuka, Anonymous.

Terbaharu, kumpulan penggodam itu meminta masyarakat dunia untuk bertindak menggulingkan rejim Trump dengan memboikot dan menyekat ekonomi AS.

Selain itu, Anonymous menggesa kumpulan pekerja Amerika agar melancarkan mogok supaya Trump tunduk kepada kehendak rakyat.

Malah kumpulan penggodam itu berkongsi cara untuk menggodam telefon pintar Android milik Trump serta mengancam mahu menyebarkan maklumat dalam gajet tersebut.

"Samsung Galaxy S3 tidak mempunyai ketetapan keselamatan bagi golongan remaja dan digunakan oleh pemimpin berkuasa dunia.

"Sistem operasi telefon itu (4.4) sudah ketinggalan dan mudah digodam.

"Kami hanya menunggu Trump 'termakan' umpan menerusi pautan yang kami sebarkan," jelas Anonymous menerusi laman Twitter.

Dalam satu lagi akaun Twitter yang mempunyai kaitan dengan kumpulan penggodam itu, mereka mendedahkan hubungan Trump dengan Rusia.

"Anda (Trump) mempunyai talian kewangan dan hubungan dengan kumpulan penjenayah Rusia, sindiket penyeludupan kanak-kanak dan lintah darat," jelas kenyataan tersebut.

Donald Trump, Anonymous

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain