suria

Bayi Kembar Berpegangan Tangan Dalam Kandungan Untuk Terus Hidup

Rowan (kiri) dan Blake suka berpegangan tangan. -fotoCaters/metroUK
SEPASANG bayi kembar seiras memastikan mereka dapat terus hidup dengan memegang tangan antara satu sama lain ketika berada dalam kandungan ibunya.

Hayley Lampshire, 27, dari Kidlington, Oxfordshire, mendapati anak kembarnya mengalami situasi yang jarang-jarang berlaku apabila mereka mampu berkongsi satu kantung amniotik, tidak seperti kebiasaan di mana seorang bayi mempunyai kantungnya sendiri.

Ini bermakna jika mereka bergerak, doktor memberi amaran kemungkinan tali pusat mereka akan berpintal, menyebabkan mereka kelaparan, atau menjerut leher mereka.

Satu-satunya cara untuk mereka terus hidup semasa kehamilan adalah dengan cara tidak meninggalkan satu sama lain.

Ketika menjalani proses pengimbasan, si ibu kagum apabila melihat dua anak lelakinya itu saling berpelukan dan berpegangan tangan.

Situasi ini dilihat setiap kali imbasan dilakukan.

-fotoCaters/metroUK

Malah ketika Rowan dan Blake dilahirkan pada 25 Ogos, kedua-duanya tetap berpelukan.

Hayley, seorang guru sekolah rendah, berkata: "Saya dan suami, Charlie berasa kecewa apabila mendapati bayi kami berada dalam bahaya.

"Disebabkan mereka berada di dalam kantung amniotik yang sama, tali pusatnya boleh berpintal jika mereka bergerak, sekali gus menghalang oksigen dan bekalan makanan.

"Kami tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalangnya yang merupakan perkara yang menakutkan.

"Mereka langsung tidak boleh berenggang untuk memastikan kedua-dua mereka terus hidup dan dalam beberapa gambar mereka juga kelihatan berpelukan.

"Kami lega apabila mereka selamat dilahirkan dan mereka kini dalam keadaan sangat baik.

"Saya dan Charlie takut pada mulanya, tetapi kami ingin berkongsi cerita ini untuk meyakinkan orang lain untuk tidak putus harapan," katanya.

bayi kembar, kantung amniotik

Artikel Sebelum

Udang Krai RM130,000

Artikel Berikut

Artikel Lain