suria

Bekas Presiden AS George H.W. Bush Dimasukkan Ke Hospital

BEKAS Presiden Amerika Syarikat (AS) George H.W. Bush dimasukkan ke sebuah hospital di Houstan  sejak Sabtu lalu selepas mengalami sesak nafas, jelas jurucakap keluarga pada Rabu.

Menurut jurucakap Jim McGrath melalui emailnya kepada Reuters, Bush,92, telah menunjukkan tindak balas yang baik sepanjang rawatan di Hospital Houston Methodist.

"Semua pihak termasuk doktor gembira dengan tindak balas itu dan kami berharap dia akan keluar tidak lama lagi," tulis McGrath.

Bush merupakan bapa kepada bekas Presiden George W. Bush dan Gabenor Florida Jeb Bush.

Bush adalah anggota Parti Republikan seperti anak-anaknya, memegang jawatan naib presiden selama dua penggal di bawah pimpinan Ronald Reagan sebelum dipilih sebagai Presiden pada 1988. 

Beliau gagal kepada Bill Clinton Gabenor Demokratik Arkansas dalam pemilihan pada tahun 1992.

Beliau merupakan bekas juruterbang Perang Dunia Kedua dan Bush sesekali turut menjadi skydiver selepas meninggalkan jawatan presiden.

Beliau turut melakukan aksi tersebut ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-90 dengan melompat keluar dari helikopter.

Namun, dua tahun kemudian, beliau terpaksa menggunakan kerusi roda dan dimasukkan ke hospital sebanyak dua kali pada tahun 2014 kerana masalah radang paru-paru serta kesukaran bernafas.

Pada bulan Julai 2015, beliau mengalami patah tulang di bahagian leher akibat terjatuh di kediaman keluarganya di Maine. 

(Laporan oleh Brendan O'Brien di Milwaukee)

George H.W. Bush

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain