suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serangan Kelab Malam Babit Badan Risikan - TPM Turki

ANGKARA: Tragedi berdarah dalam serangan di sebuah kelab malam di Istanbul pada malam Tahun Baharu lalu dijalankan secara profesional, membabitkan badan perisikan, kata Timbalan Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus pada Isnin.

"Nampaknya serangan di Reina bukan sekadar angkara pengganas, tetapi turut melibatkan badan perisikan. 

"Insiden itu merupakan sesuatu yang dirancang begitu rapi," ujar Kurtulmus dalam satu temuramah dengan penyiar A Haber.

Kumpulan militan IS mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan yang mengorbankan 39 orang.

Ia berkata, serangan tersebut sebagai tanda untuk membalas dendam terhadap penglibatan tentera Turki di Syria. - Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain