suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Anak Lelaki Urus Empayar Hartanah Global Trump

NEW YORK: Seminggu sebelum mengangkat sumpah Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45, Donald Trump sudah mengatur pengurusan empayar hartanah miliknya apabila menyerahkan tanggungjawab itu kepada dua anak lelakinya.

Bagaimanapun hartawan itu dikatakan enggan membuat peralihan penuh untuk hartanahnya di seluruh dunia itu hingga menimbulkan kritikan daripada pemerhati dan pihak lawan Demokrat.

"Beliau (Trump) perlu mengasingkan kepentingan perniagaannya dan perlu meletakkan dalam apa yang digelar dana khas," kata Senator Demokrat Elizabeth Warren kepada Bloomberg TV. 

Sementara itu, pada sidang medianya selama sejam, Trump memfokuskan hanya terhadap dakwaan tidak berasas bahawa pembantunya bersekongkol dengan Kremlin untuk memenangi pilihan raya AS dan Rusia berkompromi maklumat mengenai Presiden dipilih itu. 

Trump, 70, menuduh CNN menyiarkan berita palsu dan menyelar BuzzFeed sebagai 'timbunan sampah' selepas ia menyiarkan surat dan dokumen dengan bahan tuduhan itu. Ia didakwa disediakan seorang bekas ejen perisikan British diupah melakukan "penyelidikan bertentangan" berkaitan Trump.

"Ia semua berita palsu. Ia tidak benar dan tidak berlaku. Ada sekumpulan penentang berkumpul dan menggabungkan kesemua maklumat palsu," katanya merujuk kepada dakwaan insiden dalam sebuah bilik hotel di Moscow.

Kremlin sebaliknya menolak dokumen itu sebagai "palsu sepenuhnya" menyasar menjejaskan hubungan dua hala dengan AS. - AFP




Trump, AS

Artikel Lain