suria

Kru Kabin British Airways Lancar Mogok

Gambar hiasan. Foto AFP

KRU kabin British Airways melancarkan mogok selama 48 jam susulan pertikaian membabitkan isu gaji.

Kesatuan Members of Unite akan memulakan mogok mereka pada 10 Januari ini selepas menolak tawaran gaji baharu.

Kesatuan sekerja tersebut mendakwa kakitangan terpaksa menjalani kehidupan yang susah dengan gaji sedikit.

British Airways berkata, mogok yang dilancarkan itu hanya membabitkan 15 peratus kru kabinnya.

Ia turut memberi jaminan untuk mengelak kejadian yang tidak dingini berlaku sehingga membebankan pelanggan.

Mengikut perancangan awal, mogok berkenaan sepatutnya dilakukan pada Hari Krismas dan Hari Boxing tetapi tindakan itu ditangguhkan selepas mengadakan rundingan dengan gabungan perkhidmatan Acas. - Mail Online

British Airways

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain