suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Pakistan Bawa 47 Penumpang Terhempas

SEBUAH pesawat Pakistan yang membawa 47 orang penumpang terhempas pada Rabu ketika melakukan penerbangan domestik dari bandar utara pergunungan Chitral ke Islamabad, kata pihak berkuasa penerbangan.

Penerbangan PK661, Pakistan International Airlines (PIA) terhempas di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, demikian menurut pihak berkuasa penerbangan awam kepada AFP.

Terdahulu kenyataan awal syarikat penerbangan itu memberitahu bahawa pesawat turboprop ATR-42 itu telah terputus hubungan dalam perjalanan dari Chitral.

"Sebuah pesawat telah terhempas dan penduduk tempatan memberitahu bahawa ia sedang terbakar.

"Polis dan pasukan penyelamat kini dalam perjalanan tetapi masih belum tiba di lokasi nahas," kata Saeed Wazir, seorang pegawai kanan polis tempatan.

Bencana udara besar yang terakhir berlaku di Pakistan adalah pada tahun 2015 apabila sebuah helikopter tentera Pakistan terhempas hingga mengorbankan lapan orang termasuk duta Norway, Filipina dan Indonesia dan isteri-isteri duta Malaysia dan Indonesia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain