suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gagal Capai Sasaran Jualan, Bos Kedai Roti Merangkak Di Tempat Awam

BEIJING: Seorang pemilik kedai roti di China mengamalkan cara pelik untuk memotivasikan dirinya apabila sanggup merangkak di laluan pejalan kaki sebagai hukuman kerana gagal mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.

Malah lebih mengharukan, tindakan drastiknya itu turut menjadi ikutan pekerjanya yang rasa bersalah atas kerugian yang perlu ditanggung oleh bos mereka.

Identiti pemilik kedai tersebut tidak dapat dikenal pasti, tetapi berdasarkan rakaman amatur yang tersebar dalam laman sosial Sina, dapat dilihat sekumpulan pekerja itu merangkak di tempat umum di Yanbian Korean dekat wilayah Jilin.

Dalam rakaman itu, kelihatan seorang lelaki iaitu pemilik kedai tersebut dan empat staf wanita merangkak di jalan yang diselaputi salji sambil diperhatikan orang awam.

Pemilik kedai berkenaan dipercayai mengambil keputusan untuk merangkak seorang diri ke setiap cawangannya sebagai hukuman kerana tidak mencapai sasaran jualan sebanyak AS$16,000 (RM71,000).

Namun keputusannya itu ternyata membuatkan stafnya berasa serba salah dan mengikut jejak bos mereka.


China

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain