suria

Bayi Maut Akibat Renjatan Elektrik Telefon Pintar

Pihak hospital di Kazakhstan menyiarkan gambar tangan bayi yang terbunuh akibat renjatan elektrik sebagai amaran kepada ibu bapa supaya menjaga keselamatan anak mereka. - Ihsan Mirror

ASTANA: Seorang bayi perempuan meninggal dunia di Kazakhstan selepas terkena renjatan elektrik gara-gara kecuaian ibu bapanya yang membiarkan mangsa bermain telefon pintar yang sedang dicas.

Gambar kesan renjatan di bahagian tangan bayi itu turut tersebar dalam media sosial sebagai amaran daripada pihak hospital terhadap bahaya mengecas telefon berdekatan anak-anak kecil.

Pihak hospital juga menulis mesej pada gambar itu dengan kapsyen berbunyi, "Jangan biarkan anak anda bermain dengan pengecas".

Tragedi itu dilaporkan berlaku di bandar Aktau apabila ibu mangsa yang enggan dinamakan tertidur ketika anak perempuannya bermain dengan wayar pengecas yang sudah rosak dan terdedah kepada bahaya renjatan elektrik.

Wanitanya itu mula mengesyaki sesuatu tidak kena dengan anaknya apabila sedar dari tidur dan mendapati bayi perempuan tersebut senyap dan tidak menangis.

Kemudian wanita itu baru tersedar bahawa anaknya tidak lagi bernafas dan bergegas membawa bayi tersebut ke hospital.

Namun doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia akibat renjatan elektrik dengan kesan terbakar pada tangan bayi berkenaan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada pihak berkuasa menahan ibu bapa bayi berkenaan ekoran kematian bayi itu.

Renjatan Elektrik

Artikel Lain