suria

Lelaki Jepun 'Hadiahkan' 500 Jenis Sampah Untuk Pembuli

GAMBAR HIASAN

TOKYO: Seorang lelaki di Jepun ditahan selepas disyaki menghantar lebih 500 jenis sampah kepada beberapa individu yang didakwa membulinya di sekolah.

Menurut laporan portal BBC, suspek, Shigeta Miura, 40, didakwa menghantar uncang teh, kotoran, seluar dalam wanita dan tin kosong sebanyak 70 kali dalam tempoh setahun.

Jelas laporan itu, lebih 500 bungkusan sampah itu dihantar ke empat individu yang pernah bersekolah dan menyertai pasukan pengakap ketika di sekolah rendah.

Miura mengaku kepada polis bahawa dia berbuat demikian dengan tujuan untuk membalas dendam.

Dia dilaporkan membungkus sampah tersebut dalam kotak yang tidak mempunyai setem sebagai cara untuk memastikan penerima barang tersebut dianggap sebagai penghantar.

Kemudian dia menghantar barang tersebut secara rawak supaya pihak pos menghantar semula kepada individu yang membulinya kerana tidak mempunyai setem.

Dia didakwa atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam.

Jepun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain