suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pereka Fesyen Jepun Hasilkan Jaket Solar Cas Bateri Gajet

Panel solar dipasang pada belakang jaket FW-16. - Ihsan OddityCentral

TOKYO: Jika anda sudah bosan dengan masalah telefon pintar sering kehabisan bateri, mungkin anda boleh melabur wang sebanyak AS$2,480 (RM11,012) untuk menyelesaikan masalah itu.

Ini kerana pereka fesyen Jepun, Junya Watanabe tampil dengan ciptaan jaket khas, FW-16 yang mampu mengecas peralatan elektronik kecil seperti telefon pintar dan komputer tablet pada setiap masa selagi ada sumber cahaya matahari.

Walaupun rekaan Watanabe itu pernah dipertontonkan kepada umum pada Mac lalu, namun beliau sekali lagi mahu mempamerkan kehebatan jaket yang mempunyai ciri unik tersebut.

Jaket itu dilengkapi empat panel solar di bahagian belakang dan dua panel di bahagian depan untuk mengumpul tenaga sebelum disalurkan kepada gajet.

Kotak penyimpanan tenaga elektrik terletak pada bahagian belakang jaket dan tidak mengganggu pergerakan pengguna pakaian tersebut.

Rekaan Watanabe itu dianggap sangat aneh, tetapi keberanian beliau untuk tampil dengan idea tersebut membuka mata pereka fesyen lain supaya menggabungkan hasil rekaan mereka dengan teknologi.

Bagaimanapun rekaan itu dilihat sesuai bagi mereka yang gemar aktiviti di luar rumah kerana anda perlu berjemur setiap masa untuk mengecas jaket tersebut.



FW-16

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain