suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Hidup Dalam Kehijauan Selama 20 Tahun

SEGALA pakaian dan kelengkapan dalam rumah Elizabeth berwarna hijau. - Ihsan YouTube

SELAMA 20 tahun, seorang wanita di New York, Amerika Syarikat hanya mengenakan pakaian berwarna hijau pada setiap masa.

Elizabeth Eaton Rosenthal atau dikenali sebagai Elizabeth Sweetheart merupakan seorang artis seni yang tinggal di Brooklyn dan tidak pernah memakai pakaian selain warna hijau.

Bagi Elizabeth, warnya hijau bermaksud kegembiraan dan warna paling positif di dunia.

Minatnya terhadap warna hijau bermula apabila dia menggunakan pewarna kuku berwarna hijau, begitu juga dengan rambutnya.

Kemudian, dia mula mewarnakan seluruh rumah dan hanya mengenakan pakaian yang berwarna hijau.

Malah segala peralatan di rumahnya juga menggunakan warna yang sama termasuk tuala, produk penjagaan kesihatan, perabot dan peralatan elektrik.

"Saya tidak pernah merancang untuk menjadi hijau.

"Hal ini bukan disebabkan perasaan obses tetapi berlaku secara semula jadi.

"Saya pernah menggunakan banyak warna tetapi mungkin disebabkan membesar di Nova Scotia dan berpindah ke New York membuatkan saya rindu kehijauan yang terdapat di kampung halaman," katanya kepada portal New York Times.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain