suria

Labur Lebih RM600,000 Milik Wajah Seperti Jack Ma

Huang Jin (kanan) sanggup menjalani pembedahan plastik demi memiliki wajah yang sama seperti Jack Ma.

BEIJING: Seorang lelaki di China sanggup melaburkan wang kira-kira sejuta yuan (RM647,820) untuk menjalani pembedahan plastik semata-mata mahu kelihatan seperti jutawan terkemuka negara itu, Jack Ma.

Jack Ma, merupakan pengasas syarikat e-dagang terbesar dunia, Alibaba Group, yang disenarai sebagai individu kedua paling kaya di China dengan memiliki kekayaan dianggarkan bernilai AS$27.1 bilion (RM96.8 bilion).

Ternyata kekayaan yang dimiliki Jack Ma menjadi inspirasi buat seorang usahawan muda, Huang Jin untuk menjalani pembedahan plastik di Korea bagi kelihatan sama seperti idolanya itu.

Anak kelahiran Shenzen itu merupakan pelajar di Kolej Hupan di Hangzhou, sebuah institusi swasta yang dibiayai oleh Jack Ma untuk golongan muda mempelajari ilmu perniagaan.

Keputusan Huang Jin melakukan prosedur tersebut ternyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna laman media sosial di China termasuk menggelarnya sebagai gila kerana sanggup mengubah muka sendiri.

Namun ada pihak berpandangan positif dengan anggapan Huang Jin merupakan usahawan berjaya kerana memiliki wang yang banyak untuk melakukan pembedahan plastik.

Berdasarkan laporan portal People's Daily, proses pengubahan muka Huang Jin masih lagi dilaksanakan kerana tiada persamaan yang ketara dapat dilihat pada wajahnya jika dibandingkan dengan Jack Ma.

Namun jika diteliti, terdapat beberapa persamaan antara mereka berdua.

Alibaba Group, Jack Ma

Artikel Sebelum

Artikel Lain