suria

Wang Nota 5 Pound Cetus Kemarahan Vegetarian

WANG nota 5 pound dan 10 pound yang diperbuat daripada polimer ditayangkan di Bank England, London pada 10 September 2016. - REUTERS

LONDON: Golongan vegetarian di Britain naik angin apabila dimaklumkan tentang kandungan wang nota 5 pound yang baharu, mengandungi lemak haiwan seperti yang disahkan oleh Bank England.

Wang tersebut dikeluarkan sejak tiga bulan dan mengandungi lemak lembu yang sering digunakan untuk pembuatan lilin dan sabun.

Bank England menerusi kenyataan dalam laman sosial Twitter mengesahkan penggunakan bahan tersebut yang terkandung dalam wang polimer itu.

Satu pungutan suara telah dilancarkan untuk menggesa pihak bank menghentikan pembuatan wang baharu itu menggunakan lemak haiwan terbabit dan kira-kira 1,000 tandatangan berjaya dikumpulkan.

"Wang baharu 5 pound mengandungi lemak haiwan daripada lembu.

"Penggunaan bahan ini tidak oleh diterima terutamanya bagi golongan vegetarian di Britain.

"Kami menggesa anda (Bank England) tidak menggunakan produk haiwan dalam pembuatan wang yang digunakan oleh rakyat negara ini," jelas mesej yang disampaikan menerusi pungutan suara itu.

Bagaimanapun Bank England tidak mengeluarkan sebarang komen berhubung pungutan suara tersebut.

Bank England

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain