suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Bawa Pasukan Kelab Brazil Terhempas

PEMAIN Chapecoense menghargai penyokong selepas perlawanan menentan San Lorenzo pada 23 November 2016. - REUTERS

BOGOTA: Pihak berkuasa Colombia mengesahkan pesawat yang membawa pasukan bola sepak tempatan Brazil, Chapecoense terhempas ketika dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Medellin.

Menurut kenyataan pihak lapangan terbang itu, pesawat yang membawa 27 penumpang termasuk seorang pemain skuad kebangsaan Brazil dan sembilan anak kapal itu berlepas dari Bolivia menuju ke Medellin.

Nasib kesemua penumpang masih belum diketahui tetapi media tempatan melaporkan pesawat jenis British Aerospace 146 itu membawa pemain pasukan Chapecoense dari Brazil untuk menentang kelab Colombia Atletico Nacional dalam perlawanan akhir Copa Sudamerica pada Rabu.

Beberapa laporan mendakwa seramai enam orang terselamat dalam nahas itu yang dipercayai berpunca akibat masalah berkaitan elektrik.

Pasukan Chapecoense yang berasal dari bandar Chapeco, selatan Brazil, menyertai Divisyen Satu sejak 2014 dan berjaya melangkah ke perlawanan akhir selepas menewaskan kelab Argentina, San Lorenzo.

Kejohanan Copa Sudamerica merupakan pertandingan kedua paling penting di benua Amerika Selatan dan perlawanan akhir tersebut ditangguhkan ekoran nahas itu.

Operasi menyelamat terpaksa digerakkan menggunakan jalan darat ekoran cuaca buruk.

Bagaimanapun tiada kebakaran dikesan selepas pesawat itu terhempas, sekali gus meningkatkan harapan bahawa lebih ramai mangsa yang terselamat dalam kejadian tersebut.

Brazil, Terhempas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain