suria

17 Maut, 37 Cedera Dalam Kemalangan Libatkan 56 kenderaan Di Lebuh Raya Berais

-fotoSCMP
BEIJING: Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dan 37 cedera selepas lebih 50 kenderaan berlanggar dalam kejadian yang berlaku di lebuh raya yang dilitupi ais, di utara China pada Isnin.

Sebanyak 56 buah kereta dan trak terlibat dalam perlanggaran besar-besaran ini, selepas salji yang turun membawa kepada penglihatan terhad dan keadaan jalan yang berais di lebuh raya Jingkun dekat Yangquan, wilayah Shanxi, China National Radio melaporkan.

Banyak kenderaan rosak teruk, dengan beberapa buah daripadanya telah terbalik.

Gambar kemalangan yang banyak disiarkan dalam talian, menunjukkan bangkai-bangkai trak dan kereta. Barang-barang yang diangkut dengan lori yang terlibat dalam kemalangan itu bertaburan di sepanjang lebuh raya.

Kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 9 pagi dan usaha menyelamat berakhir 12 jam kemudian.

Mereka yang cedera kini berada dalam keadaan stabil dan polis terus menyiasat punca kemalangan, kata pihak berkuasa.

Jalan terus disekat di kedua-dua arah, manakala bangkai kenderaan sedang dibersihkan, kata pihak berkuasa. - South China Morning Post

Artikel Sebelum

Artikel Lain