suria

Kawal Iklan Makanan Tidak Berkhasiat Dalam Talian

COPENHAGEN: Kerajaan bertanggungjawab melindungi kanak-kanak daripada terpengaruh dengan iklan makanan tidak berkhasiat dalam talian, jelas Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula, analisa digital dan data geolokasi membenarkan syarikat tertentu menyasarkan kanak-kanak dengan mudah.

Sehubungan itu, PBB menggesa kerajaan menetapkan had umur minimum 16 tahun bagi pengiklanan makanan yang tinggi kandungan lemak, garam dan gula.

Peraturan pengiklanan terkini hanya tertakluk kepada media tradisional atau hanya melibatkan kanak-kanak sahaja.

“Dengan media digital yang semakin maju, ia dapat membantu pegawai pemasaran untuk mengakses pengguna secara spesifik.

“Untuk jenama makanan segera, data geolokasi daripada telefon bimbit membantu mereka untuk menambah pelanggan dengan iklan dan tawaran menarik,” jelas laporan pertubuhan itu.

Di Amerika Syarikat, Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-kanak (COPPA) mengehadkan pengumpulan data kanak-kanak dan mengharamkan “Pengiklanan Tingkah Laku” yang memaparkan budak bawah 13 tahun tanpa persetujuan.

Namun, undang-undang sedia ada tidak begitu berkesan kerana ada ibu bapa yang masih membenarkan anak mereka bermain permainan dan melayari beberapa laman web.

Tanpa kita sedari, informasi yang diberikan anak mereka telah disimpan sebagai data oleh beberapa pihak.

Platform media sosial dan pemasaran melaporkan bahawa pengiklanan di medan sosial menjejaskan iklan penyiaran.

"Had umur sesuai dari segi undang-undang untuk melayari media sosial perlu disertakan dengan pengawasan berkesan dan penguatkuasaan pihak berwajib,” jelasnya. - AFP

WHO, PBB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain