suria

Rundingan Damai Selatan Thailand Bersambung

Pasukan penyiasat tentera memeriksa kenderaan yang musnah akibat serangan bom di wilayah Yala, selatan Thailand pada Mac 2012. - AGENSI

BANGKOK: Rundingan damai bagi menyelesaikan konflik di selatan Thailand, akan disambung semula di Kuala Lumpur pada 2 September, tetapi tiada syarat-syarat yang akan dipersetujui atau ditandatangani memandangkan keganasan di wilayah itu masih berterusan.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwon seperti yang dilaporkan portal Bangkok Post pada Khamis.

"Kerajaan akan meminta kumpulan pemisah menghentikan sebarang keganasan jika mereka mahu perjanjian damai dimeterai.

"Buat masa ini hanya rundingan sahaja dilaksanakan," katanya.

Wongsuwon turut menegaskan ketelusan kerajaan Malaysia sebagai orang tengah dalam rundingan damai antara pihak berkuasa Thailand dan kumpulan pemisah.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak dijadualkan menunjungi Thailand pada 9 September ini untuk menandatangani beberapa perjanjian termasuk isu kerakyatan dua negara.

Kira-kira 6,500 orang dilaporkan terbunuh dan hampir 12,000 mangsa cedera akibat keganasan yang tercetus di tiga wilayah selatan Thailand iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala sejak 12 tahun lalu. - AGENSI

selatan Thailand, rundingan, Malaysia

Artikel Lain