suria

Elak Guna Pusat Pemeriksaan Tuas - ICA

Dua kanopi di Pusat Pemeriksaan Tuas runtuh berikutan angin kencang dan hujan lebat. -fotoSOUTHERN SHMU'EL/Facebook
SINGAPURA: Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Rabu menasihatkan semua kenderaan yang mahu memasuki republik itu agar mengelakkan daripada menggunakan Pusat Pemeriksaan Tuas berikutan berlakunya kemalangan di situ pagi ini.

"Kemalangan berlaku di Pusat Pemeriksaan Tuas pada pukul 5.35 pagi ini. Semua pengguna di situ boleh menjangkakan kelewatan," kata ICA dalam kenyataannya.


ICA berkata pihaknya akan memberikan lebih banyak maklumat sebaik ia diperoleh.

Sementara itu, Channel NewsAsia melaporkan keadaan basah akibat hujan menyebabkan satu kanopi di Pusat Pemeriksaan Tuas roboh sehingga berlakunya kesesakan lalu lintas.

Kanopi yang roboh itu menjejaskan perjalanan kepada pengguna yang mahu memasuki Singapura dari Johor, lapor portal berita tersebut.

Laporan itu juga menyebut Angkatan Pertahanan Awam Singapura telah menghantar sebuah jentera memadam api ke lokasi kejadian tetapi berkata tiada laporan kecederaan atau orang yang terperangkap dalam kejadian tersebut.

Pengguna laluan berkenaan turut menggunakan media sosial untuk berkongsi gambar kanopi yang roboh itu.
ICA, Pusat Pemeriksaan Tuas

Artikel Lain