suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Bapa Ditahan Tinggal Anak Bersendirian Main Pokemon Go

Sepasang ibu bapa dikatakan membiarkan anak lelaki mereka bersendirian di rumah dan membiarkannya keluar bermain Pokemon Go (gambar fail).

SEPASANG ibu bapa ditahan selepas didakwa meninggalkan anak lelaki mereka berusia dua tahun, bersendirian di rumah dan membiarkan keluar bermain permainan mudah alih yang semakin popular, Pokemon Go.

Polis menemui kanak-kanak itu di luar rumah keluarga itu di San Tan Valley di Arizona, Amerika Syarikat (AS).

Pegawai berkata, kanak-kanak itu ditemui dengan badannya yang panas, menjerit dan menangis semasa membawanya masuk ke dalam rumah.

Beliau dilaporkan hanya memakai kemeja-T dan lampin ketika ditemui pada kira-kira pukul 10.30 malam Khamis.

Ibu bapa kanak-kanak itu, Parents Brent dan Brianne Daley, masing-masing berusia 27 dan 25 tahun dikatakan mengakui meninggalkan anak mereka selama satu setengah jam.

Pasangan itu akan didakwa di atas kecuaian dan membiarkan anak dalam bahaya tanpa pengawasan. - Mirror

Pokemon Go

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain