suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Maut, Tiga Cedera Insiden Tembakan Di Texas

Sekumpulan polis berada di tempat kejadian.

SEORANG wanita ditembak mati dan beberapa yang lain cedera dalam insiden tembakan oleh seorang lelaki bersenjata di Austin, Texas.

Menurut Khidmat Perubatan Daerah Austin, seorang wanita dalam lingkungan 30-an maut dan sekurang-kurangnya tiga lagi cedera ditembak.

Polis berkata, dua kejadian tembakan berlaku secara berasingan di kawasan sama di bandar Texas.

CNN melaporkan bahawa tiga mangsa yang cedera dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Brackenridge untuk menerima rawatan.

Dilaporkan insiden tembakan berlaku di luar bar dan kelab di East 6th Street dan San Jacinto Boulevard.

Setakat ini, tidak dipastikan sama ada kedua-dua insiden dilakukan oleh suspek yang sama.

Pada masa sama, turut tidak pastikan sama ada lelaki bersenjata itu telah ditahan. - Mail Online


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain