suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Presiden Singapura Kritikal Akibat Strok

SINGAPURA: Bekas Presiden Singapura, SR Nathan berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) hospital umum Singapura akibat diserang strok.

Pejabat Perdana Menteri Singapura berkata beliau mengalami strok awal pagi Ahad.

Nathan, 92, yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia pada 1988, dilapor mengalami strok pada bulan April tahun lalu.

Beliau merupakan presiden Singapura yang paling lama berkhidmat iaitu selama dua penggal dari 1999 hingga 2011.

Beliau secara rasmi melepaskan jawatan sebagai presiden keenam republik itu pada 31 Ogos 2011 dan digantikan oleh presiden sekarang Tony Tan Keng Yam.


SR Nathan, Tony Tan Keng Yam, strok

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain