Belon Panas Terbakar, 16 Penumpang Maut - Dunia | mStar

Belon Panas Terbakar, 16 Penumpang Maut

SERAMAI 16 orang terbunuh selepas belon panas yang mereka naiki terhempas di Texas, Amerika Syarikat, pada Sabtu.

Belon itu dilapor terhempas di Lockhart, selatan Austin sebelum terbakar dan mengorbankan semua penumpangnya.

Kejadian yang berlaku pada pukul 12.40 tengah hari itu adalah kemalangan jiwa terbesar melibatkan belon panas di negara tersebut.

"Kita tidak nampak bahawa ada penumpang yang terselamat dalam kejadian itu setakat ini," kata Pegawai Pengurusan Penerbangan Persekutuan (FAA), Lynn Lunsford.

Pegawai Sheriff Caldwell County berkata, ketika pasukan kecemasan dan Sheriff tiba, api sedang marak membakar separuh daripada belon panas tersebut.

Saksi kejadian, Margaret Wylie, pula memberitahu, dia terdengar bunyi kuat sebelum ternampak belon panas sedang terbakar di udara.

Belon Panas , Texas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Ustazah Nur Farhana agak lemah - Adik

"Saya tak kenal wanita itu" - Issey