suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sembilan Maut Dalam Insiden Tembakan Di Munich

Pusat beli belah Olympia-Einkaufszentrum yang terletak di tengah bandaraya Munich.

SEKURANG-kurangnya sembilan maut manakala 10 lagi cedera parah dalam satu insiden tembakan yang dipercayai dilakukan kumpulan pengganas di pusat beli belah Olympia-Einkaufszentrum di Munich, Jerman.

Polis Munich menerusi laman Twitternya berkata mereka sudah menjumpai seseorang yang ada kaitan dengan serangan tersebut.

Namun suspek yang dipercayai melakukan serangan itu seorang diri bertindak membunuh diri selepas insiden itu.

Terdahulu polis berkata saksi memberitahu terdapat tiga lelaki bersenjata berada di jalan berdekatan sebelum memasuki pusat beli belah tersebut.

Suspek dipercayai bertindak seorang diri.

Darurat diisytiharkan di bandar raya itu ketika polis memburu penjenayah berkenaan dan pasukan khas dihantar ke situ.

Polis turut menjumpai mayat mangsa kesembilan yang dijumpai kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

Mereka sedang meneliti sama ada ia adalah salah seorang suspek pengganas yang melepaskan tembakan tersebut.

Insiden tembakan itu berlaku kira-kira pukul 6 petang dekat restoran makanan segera, McDonald yang terletak di dalam pusat beli belah tersebut.

Ketika babak cemas insiden itu, pengunjung yang berada di pusat beli belah Olympia bertempiaran lagi menyelamatkan diri dan sebahagian lagi menyembunyikan diri.

"Banyak das tembakan dilepaskan, saya tidak pasti berapa tapi banyak," kata seorang pekerja yang bersembunyi dalam bilik stor di pusat beli belah itu.



Artikel Lain