suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Insiden Nice: Lima Suspek Dibawa Ke Mahkamah

LIMA suspek dibawa ke mahkamah Perancis dan didakwa atas kesalahan keganasan berhubung serangan trak di Nice yang mengorbankan sekurang-kurangnya 84 orang.

Empat lelaki dan seorang wanita berusia antara 22 hingga 40 tahun tersebut dituduh telah membantu pemandu trak, Mohamed Lahouaiej-Bouhlel dalam persedian sebelum melakukan serangan.

Menurut pendakwa Perancis, Francois Molins berkata salah seorang suspek kembali ke tempat kejadian serangan itu pada hari berikutnya untuk merakam keadaan selepas serangan.

Tambahnya, pemandu trak telah menerima sokongan logistik untuk serangan tersebut daripada lima suspek itu dan mereka telah melakukan perancangan sejak beberapa bulan lalu.

Tiga daripada suspek yang dikenali iaitu Franco-Tunisia Ramzi A, Mohamed Oualid G dan Chokri C didakwa sebagai rakan sejenayah dalam serangan keganasan berkumpulan.

Manakala lelaki warganegara Albania, Artan dan seorang wanita campuran Perancis-Albania, Enkeldja telah disyaki menyediakan pistol kepada pemandu trak tersebut dan mereka didakwa melanggar undang-undang senjata berhubung dengan kumpulan pengganas. - BBC

nice, suspek, trak

Artikel Berikut

Artikel Lain