suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Republikan Calonkan Donald Trump Sebagai Presiden

CLEVELAND: Parti Republikan secara rasmi mencalonkan Donald Trump untuk bertanding sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Ia sekaligus menutup kempen yang menyaksikan jutawan itu mengalahkan 16 pesaing White House.

"Ia satu penghormatan saya untuk meletakkan Donald Trump di kedudukan teratas dalam pengiraan perwakilan malam ini," kata anak calon berkenaan, Donald Trump Jr kepada perwakilan di Konvensyen Kebangsaan Republikan.

Trump dijangka menerima pencalonan itu secara rasmi dalam satu ucapan di Cleveland pada Khamis ini.

Trump mendapat undi majoriti perwakilan, 1,237 yang diperlukan sebelum berdepan calon Demokrat, Hillary Clinton dalam pilihan raya pada 8 November.

Sementara itu, Gabenor Indiana, Mike Pence dipilih untuk merebut jawatan Naib Presiden. -AFP

Parti Republikan, Donald Trump

Artikel Sebelum

Artikel Lain