Pesawat Hawaiian Airlines Mendarat Cemas Di Tokyo - Dunia | mStar

Pesawat Hawaiian Airlines Mendarat Cemas Di Tokyo

TOKYO: Sebuah pesawat Hawaiian Airlines melakukan pendaratan cemas di sini pada awal pagi Isnin hingga menyebabkan tayarnya pecah dan memaksa penutupan satu landasan dan pembatalan beberapa penerbangan lain.

Media tempatan melaporkan tiada sebarang kecederaan berlaku dalam insiden berkenaan.

Penerbangan HA 458 yang berlepas dari lapangan terbang Haneda Tokyo ke Honolulu sekitar tengah malam berpatah balik ke Jepun selepas skrin kokpit menunjukan berlakunya kelainan pada sistem hidraulik, demikian menurut media tempatan termasuk saluran penyiar kebangsaan, NHK.


Proses menukar tayar sedang dijalankan.

Airbus 330 membuat pendaratan cemas di salah satu daripada landasan di Haneda sekitar 1.30 pagi, kata NHK.

Tiada seorang pun daripada 293 penumpang dan anak kapal cedera, kata Asahi Shimbun.

Lapan daripada 10 tayar pesawat pecah ketika melakukan pendaratan dengan sedikit kebocoran minyak di landasan.

Pegawai menjangkakan landasan itu akan terus ditutup sehingga lewat pagi, menyebabkan pembatalan sekurang-kurangnya 14 penerbangan domestik Japan Airline dan menyebabkan kelewatan bagi beberapa penerbangan lain, kata NHK.

Pegawai-pegawai dari Kementerian Pengangkutan dan Hawaiian Airlines tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen. AFP

Hawaiian Airlines

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

“Saya OK Muhyiddin jadi PM” – Tun M