suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seorang Maut, 14 Cedera Serangan Bom Di Songkhla

- Gambar hiasan
SONGKHLA: Dua butir bom buatan sendiri meletup di daerah Thepa, Songkhla malam Selasa mengakibatkan seorang warga emas maut dan 14 lagi termasuk enam anggota polis cedera.

Ketua Polis Bahagian Ke-9 Songkhla Left-Jen Polis Wirapon Chunpakdee berkata  dalam kejadian 7 malam itu, seorang lelaki berumur 62 tahun terbunuh dan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun adalah antara lapan orang awam yang cedera.

"Kejadian berlaku apabila sebutir bom api diletupkan di sebuah gerai. Ketika anggota polis menyiasat kejadian itu, sebutir lagi bom seberat 20 kilogram yang diletak pada motosikal di hadapan gerai itu diletupkan," katanya kepada pemberita Rabu.

Beliau berkata pihak keselamatan percaya sasaran serangan bom kali ini adalah anggota polis berikutan kedudukan markas polis yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi serangan bom itu.

Turut melawat lokasi serangan bom itu ialah Gabenor Wilayah Songkhla Songpol Sawatham.

Kejadian itu merupakan insiden serangan bom kedua di wilayah Songkhla dalam tempoh sembilan hari lepas.
Insiden pertama berlaku sama di stesen kereta api Chana pada 11 April lepas yang mengakibatkan dua orang maut dan 15 lagi cedera.

Artikel Lain