suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Indonesia Beri Pengecualian 30 Hari Tanpa Visa Kepada Rakyat Namibia

WINDHOEK: Indonesia membenarkan pemegang pasport Namibia memasuki dan berada di negara itu selama 30 hari tanpa visa, lapor Namibia Press Agency (Nampa).

Menurut kenyataan Kedutaan Indonesia kepada Nampa pada Khamis, kebenaran itu diberi kepada 78 negara termasuk Namibia, Malawi, Botswana serta Lesotho, dan ia berkuat kuasa pada 21 Mac tahun ini.

Presiden Indonesia Joko Widodo meluluskan undang-undang baharu itu pada 2 Mac lepas.

Pada Oktober tahun lepas, Widodo meluluskan undang-undang baharu yang membenarkan 45 negara termasuk Algeria, Angola dan Ghana memasuki dan berada di negara itu selama 30 hari tanpa visa manakala Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Rusia telahpun menikmati kemudahan kembara tersebut.

Pengecualian 30 hari tanpa visa itu hanya sah untuk tujuan bersantai, pelancongan, keluarga, sosial, kesenian dan kebudayaan, lawatan kerajaan, memberi syarahan, menghadiri seminar, menghadiri mesyuarat yang diadakan ketua jabatan atau wakil jabatan di Indonesia, menghadiri pameran/jelajah/pesta dan transit.

Ia tidak sah untuk kunjungan berkaitan kewartawanan. Pasport kembara mesti sah dengan tempoh sah sekurang-kurangnya enam bulan dan pelancong perlu memiliki tiket pergi balik atau tiket melalui ketika transit.

Pengecualian 30 hari tanpa visa itu tidak boleh dipanjangkan atau ditukar kepada permit lain.

Menurut kenyataan itu, setakat ini kerajaan Indonesia memberi pengecualian 30 hari tanpa visa kepada 169 negara.

pengecualian visa, Indonesia, Namibia

Artikel Berikut

Artikel Lain