suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jakarta Dilanda Banjir

gambar arkib

JAKARTA: Hujan lebat sejak semalam sehingga pagi ini, mengakibatkan beberapa kawasan di Jakarta dan sekitarnya dinaiki air.

Siaran berita televisyen tempatan melaporkan, 10 laluan jalan di bandar raya termasuk Jalan Sudirman, Jalan Kalianda Raya dan Jalan Raya Cengkerang digenangi air antara 15 sentimeter dan 40 sentimeter.

Menurut kenyataan media Unit Trafik Polis Daerah Jakarta yang disiarkan media dalam talian tempatan, kejadian banjir berkenaan, menyebabkan trafik sesak teruk berikutan beberapa jalan ditutup kepada kenderaan.

Selain di ibu kota, beberapa kawasan utama di Jakarta Utara termasuk Jalan Hybrida hingga Sport Mall Kelapa Gading dan Jalan Boulevard Raya di Kelapa Gading turut dinaiki air sedalam hampir 1 meter.

Di Jakarta Barat pula, banjir mulai melanda beberapa kawasan termasuk di hadapan Universitas Trisakti dan Jalan Daan Mogot dari arah Grogol yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Sementara itu, Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) meramalkan cuaca hujan di Jakarta dijangka berterusan sehingga akhir Mac ini.

Jakarta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain