suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Bawa 23 Penumpang Hilang

KATHMANDU: Sebuah pesawat milik Tara Air yang yang membawa 23 penumpang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari Pokhara ke Jomson, Nepal.

Pesawat jenis Twin Otter itu dilaporkan berlepas dari Pokhara pada pukul 7.47 pagi Rabu sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan 10 minit kemudian.

Pesawat itu bagaimanapun tidak tiba di Jomson sehingga kini.

Ketika terputus hubungan, pesawat tersebut berada di sempadan daerah Myagdi dan Mustang.

Berikutan itu, anggota polis telah dikejarkan ke kawasan berkenaan untuk melakukan pencarian.

Dua helikopter turut dihantar untuk melakukan pencarian dari udara.

Ketika terputus hubungan pesawat tersebut dikendalikan oleh juruterbang, Manandhar dan pembantunya D Namkul.

Tara Air, Nepal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

10 Dibunuh Angkara Dendam

Artikel Lain