suria

Indonesia Mahu Tutup 'Daerah Lampu Merah'

JAKARTA: Indonesia merancang untuk menutup semua 'daerah lampu merah' di negara itu menjelang 2019.

Langkah itu sebagai usaha untuk membanteras aktiviti pelacuran di negara yang mempunyai bilangan penduduk beragama Islam paling ramai di dunia, lapor Jakarta Post memetik Menteri Hal Ehwal Sosial, Khofifah Indar Parawansa.

Beliau berkata, kerajaan telah pun menutup 68 'daerah lampu merah', manakala 100 lagi akan ditutup dalam tempoh tiga tahun.

Aktiviti pelacuran berleluasa di bandar-bandar di Indonesia walaupun ia menyalahi undang-undang.

Datuk Bandar Jakarta mula mengarahkan penutupan pusat pelacuran utama di bahagian utara bandar raya itu.

Pada 2014, Datuk Bandar Surabaya mengarahkan penutupan kawasan panas di bandar itu, yang dikatakan sebagai 'daerah lampu merah' terbesar di Asia Tenggara. - Reuters

Artikel Sebelum

10 Dibunuh Angkara Dendam

Artikel Lain