suria

10 Juta Penduduk Delhi Terputus Bekalan Air

DELHI: Seramai 10 juta penduduk di ibu negara India di sini terputus bekalan air bersih selepas sekumpulan penunjuk perasaan melakukan sabotaj terhadap terusan yang membekalkan air ke bandar.

Sabotaj itu didakwa dilakukan oleh suku kaum Jat yang berang dengan tindakan kerajaan terhadap kuota kasta dalam pekerjaan.

Ketua Lembaga Air Delhi, Keshav Chandra memberitahu BBC, pihaknya memerlukan masa selama tiga hingga empat hari untuk memulihkan bekalan air itu.

Akibat sabotaj berkenaan, semua sekolah di Delhi tidak mempunyai air ketika ini.

Dalam tunjuk perasaan selama tiga hari itu, seramai tiga orang telah dibunuh manakala ratusan lagi cedera.

Delhi dihuni oleh seramai 16 juta penduduk dan mendapatkan bekalan air bersih menerusi terusan.

Delhi, India, Air

Artikel Lain