suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kren Tumbang: 40 Suspek Akan Didakwa

MANAMA: Tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah bakal menyaksikan kes itu dihadapkan ke mahkamah apabila 40 suspek dijangka didakwa dalam masa terdekat.

Setakat ini, dokumen membabitkan 40 suspek itu sudah dirujuk ke pendakwa raya untuk pendakwaan.

Akhbar harian Arab, Al Watan memetik sumber berkata, 30 suspek adalah pengarah, juruteknik dan ketua projek di syarikat kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pelebaran masjid, manakala 10 suspek adalah kakitangan sektor awam.

Kata sumber lagi, lebih banyak nama mungkin disenaraikan kerana siasatan masih diteruskan.

Menurut akhbar itu, siasatan awal terhadap beberapa suspek bermula di Jeddah sejak dua bulan lalu.

Dalam kejadian itu, 107 jemaah terbunuh dan 238 cedera selepas sebuah kren tumbang pada September.

Raja Salman Bin Abdul Aziz memerintahkan keluarga mangsa dibayar satu juta riyal (RM1.1 juta) sebagai pampasan.

Beliau turut memerintahkan satu juta riyal (RM1.1 juta) diberikan kepada keluarga mangsa yang mengalami kecederaan kekal. Pembayaran sebanyak 500,000 riyal (RM556,000) juga diumumkan bagi mangsa yang cedera. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain