suria

Badan Khas Pantau Projek Mega Arab Saudi

JEDDAH: Badan Khas diperlukan untuk memantau keselamatan projek mega di Arab Saudi bagi mengelak kemalangan sama berlaku di Masjidil Haram berulang.

Saranan itu dibuat kerana negara itu dikatakan masih kekurangan jurutera keselamatan yang khusus kerana aspek itu didapati tidak diberi perhatian di peringkat institusi pengajian tinggi lagi.

Sehubungan itu, Majlis Jurutera Saudi (SCE) disaran supaya mengawasi langkah keselamatan di syarikat keselamatan serta menubuhkan badan penyelia untuk projek kerajaan.

Perunding kejuruteraan di negara itu, Yahya Koshk berkata, punca kebanyakan kemalangan adalah kerana kekurangan jurutera keselamatan khusus.

"Institusi pengajian tinggi tempatan, sama ada universiti atau kolej tidak memberi pendedahan mengenai disiplin daripada segi keselamatan di jabatan kejuruteraan masing-masing walaupun ia sangat penting.

"Walaupun ada beberapa syarikat mendaftar jurutera mereka dalam kursus keselamatan, namun ia masih tidak mencukupi bagi memastikan mereka benar-benar layak untuk memantau standard keselamatan jentera dan peralatan projek," katanya.

Menurutnya, setiap projek memerlukan sekurang-kurangnya seorang jurutera keselamatan untuk mengesahkan bahawa projek tersebut mematuhi piawaian ditetapkan.

"Kegagalan berbuat demikian melanggar peraturan antarabangsa bagi keselamatan pekerja," katanya. - Arab News

Arab Saudi, Masjidil Haram, SCE

Artikel Sebelum

Tuah Selepas Jam Disangka Bom

Artikel Berikut

Artikel Lain