suria

Perompak Bank Paling Dikehendaki Ditahan

GENEVA: Polis berjaya menahan perompak bank paling dikehendaki di Kanda, dedah seorang pegawai polis tempatan di sini pada Rabu.

Suspek, Jeffrey James Shuman yang digelar 'perompak atlet' didakwa telah melakukan lebih 20 rompakan bank di Kanada sebelum dikeluarkan waran tangkap antarabangsa terhadapnya.

Shuman digelar atlet kerana sering melompat di kaunter bank ketika melakukan rompakan.

Selain itu, Persatuan Perbankan Kanada turut menawarkan hadiah sebanyak AS$75,000 kepada pihak yang berjaya menangkap suspek.

Shuman dilapor ditahan pada Selasa ketika sedang memandu sebuah kereta di sini.

Pihak berkuasa Geneva memberitahu, suspek akan diekstradisi ke Kanada untuk tindakan lanjut polis negara berkenaan.




Kanada, Geneva

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain