suria

Letupan Bom: Thailand Hilang 1.33 Juta Pelancong Asing

Lokasi insiden letupan bom di Kuil Erawan di Bangkok pada 17 Ogos lalu.

BANGKOK: Kementerian Pelancongan Thailand melaporkan bahawa negara itu kehilangan kira-kira 1.33 juta pelancong asing dan potensi pendapatan 64 bilion baht berikutan insiden serangan berdarah di Kuil Erawan di Bangkok pada bulan lalu.

Kementerian Pelancongan dan Sukan berkata, insiden di 17 dan 18 Ogos lalu yang menyebabkan banyak negara mengeluarkan amaran perjalanan ke Thailand.

Kesan ekonomi itu dijangka sebagai yang paling buruk pada Ogos dan September.

Jika tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku, industri pelancongan dijangka pulih pada suku keempat tahun ini.

Kementerian itu berkata, ia akan melancarkan kempen media dan promosi antarabangsanya untuk mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap Thailand.

Malah ia turut menyeru pelawat asing supaya kembali berkunjung ke negara itu dari September sehingga Disember tahun ini.

Insiden letupan bom di Bangkok pada 17 Ogos lalu disifatkan sebagai serangan terburuk di Thailand sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera. 

Letupan kedua berlaku pada hari berikutnya dekat Sathorn Pier namun tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.

Setakat ini, pihak berkuasa telah menahan dua suspek. - The Nation/Asia News Network


Artikel Berikut

Artikel Lain