suria

Anggota Tentera AS Maut Ketika Latihan

WASHINGTON: Seorang anggota tentera Amerika Syarikat (AS) maut manakala 11 lagi cedera selepas sebuah helikopter melakukan pendaratan kecemasan dalam latihan di kem tenteranya pada Khamis.

Insiden di Kem Tentera Lejeune di Carolina itu berlaku ketika seramai 20 anggota tentera diminta turun dari helikopter menggunakan tali.

Pihak tentera masih belum mendedahkan maklumat lanjut mengenai insiden melibatkan helikopter jenis CH-53E itu.

Bagaimanapun seorang daripada anggota tentera disahkan meninggal dunia di Hospital Kem Lejeune.

Daripada 11 anggota tentera yang dimasukkan ke hospital, sembilan telah dibenarkan pulang kerana mengalami kecederaan ringan manakala tiga lagi masih menerima rawatan.

Amerika Syarikat, Lejeune, Carolina

Artikel Lain