suria

Bergaduh Dalam Kokpit, Dua Juruterbang Digantung Tugas Enam Bulan

DUA juruterbang syarikat penerbangan tambang rendah di China digantung tugas selama enam bulan selepas kedua-dua mereka didapati bergaduh di dalam kokpit ketika melakukan penerbangan pada ketinggian 30,000 kaki.

Mail Online melaporkan syarikat penerbangan yang berpangkalan di Beijing, China United Airlines mengenakan hukuman tersebut di atas kesalahan yang membabitkan keselamatan, termasuk pergaduhan ketika melakukan penerbangan.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata, kedua-dua juruterbang itu hanya melakukan 'beberapa sentuhan fizikal' akibat salah faham.

Ia bagaimanapun menafikan laporan bahawa salah seorang daripada juruterbang tersebut mengalami pendarahan akibat kecederaan di bahagian kepala.

Insiden pergaduhan itu berlaku pada Jun lalu tetapi tidak dilaporkan sehingga minggu ini menerusi laporan media China selepas butiran mengenai melanggar peraturan keselamatan didedahkan.

Beberapa butiran lain adalah mengenai laluan syarikat penerbangan tambang rendah tersebut beroperasi, berapa ramai yang menaiki penerbangan termasuk jumlah anak kapal yang tidak dibenarkan bertugas selama setengah tahun. 

Kejadian berkenaan dinyatakan dalam laporan Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) mengenai hukuman yang dikenakan oleh China United Airlines terhadap tindakan melanggar peraturan. 

Artikel Sebelum

Justo Mahu Kemuka Rayuan

Artikel Berikut

Artikel Lain