suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Tentera Terhempas, 11 Maut

BOGOTA: Seramai 11 orang terbunuh selepas sebuah pesawat tentera udara Colombia terhempas akibat masalah mekanikal pada Jumaat.

Pada Jumaat, Presiden Juan Manuel Santos mengumumkan seramai 12 orang terbunuh akibat kejadian itu, tetapi pengawai penyiasat mengesahkan jumlah kematian hanya melibatkan 11 orang sahaja.

Santos dalam laman Twitternya melahirkan kesedihan terhadap kematian tersebut dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Pemimpin tertinggi Colombia itu berkata, pesawat tentera berkenaan telah menghantar isyarat mengenai masalah enjin sebelum terhempas.

Nahas itu berlaku di Las Palomas yang terletak kira-kira 800 kilometer dari sini.

Bogota, Las Palomas, Colombia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain