suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Musim Panas, Jerebu Resahkan Penduduk Riau

Jarak penglihatan turun sehingga 800 meter pada masa-masa tertentu di Riau kerana cuaca panas.

PEKANBARU: Musim panas berpanjangan meningkatkan jumlah kawasan kebakaran atau titik panas sekali gus meresahkan penduduk Riau apabila wilayah itu dilanda jerebu.

Lebih memburukkan keadaan apabila hujan jarang turun, manakala usaha memadam api hutan masih giat dijalankan.

Pengarah Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia, Sugarin berkata, pada pagi Khamis sahaja terdapat 140 titik panas yang dikesan di wilayah berkenaan.

“Data daripada alat pemantau udara di stesen Pekanbaru mendapati kualiti udara berada di tahap tidak sihat.

"Di wilayah Sumatera pula, pihaknya mengesan 326 titik panas di beberapa daerah,” katanya.

Selain itu, katanya, pihaknya memantau enam titik panas di Bengkulu, Jambi (51), Sumatera Selatan (42), lapan di Lampung, tiga di Sumatera Utara, dua di Sumatera Barat serta 186 di Riau.

Sugarin menambah, jerebu tebal yang berlaku juga menyebabkan jarak penglihatan di Pekanbaru merosot kepada 800 meter.

“Di Dumai, jarak penglihatan masih baik iaitu lima kilometer, Pelalawan tiga kilometer, sementara Rengat empat kilometer,” kata Sugarin. 


Riau, jerebu, Sugarin

Artikel Lain