suria

Belanda-Rusia Bincang Mengenai Dakwa Suspek Sebabkan Nahas MH17

AMSTERDAM: Menteri Luar Belanda, Bert Koenders dalam satu kenyataan pada lewat Jumaat berkata, beliau mengadakan perbincangan bersama rakan sejawatnya dari Rusia mengenai usaha untuk mendakwa suspek yang menyebabkan nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.

Beliau berkata, semasa mengadakan lawatan ke Moscow, Koenders turut membincangkan mengenai senarai hitam Rusia terhadap ahli-ahli politik Eropah semasa mesyuarat bersama rakan sejawatnya, Sergei Lavrov.

"Ia bukan satu perbincangan yang lancar kerana terdapat beberapa perkara yang tidak persetujui kami.

"Tetapi perbincangan ini diperlukan supaya ia berlaku," kata Koenders.

Kira-kira dua pertiga daripada 298 mangsa nahas tragedi kapal terbang yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lalu merupakan rakyat Belanda. 

Suspek yang menyebabkan nahas masih belum dapat dikenalpasti oleh pendakwa raya Belanda. 

Pesawat tersebut dipercayai ditembak jatuh dengan menggunakan peluru berpandu dari darat yang dilancarkan oleh pro-Rusia di wilayah Ukraine, namun Moscow menafikan penglibatan mereka. 

Koenders berkata, bahawa Lavrov menyatakan sokongan terhadap resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa masyarakat antarabangsa untuk membawa pesalah ke muka pengadilan. 

"Ia merupakan tanggungjawab kami untuk melakukan segala kemungkinan untuk mengekalkan fokus masyarakat antarabangsa terhadap MH17. 

"Malah, ia juga merupakan kewajipan kami terhadap mangsa serta ahli keluarga yang disayangi mereka," katanya.  

Menurut laporan Lembaga Keselamatan Belanda,  mengenai punca sebenar kemalangan tersebut dijangka diketahui pada Oktober ini. 

Kerajaan Belanda yang mengetuai siasatan antarabangsa terhadap nahas tersebut dan berikrar untuk mendakwa terhadap mereka yang bertanggungjawab. - REUTERS
MH17

Artikel Berikut

Artikel Lain