Pesawat Hipersonik Mampu Terbang Dari New York Ke Los Angeles 30 Minit - Dunia | mStar

Pesawat Hipersonik Mampu Terbang Dari New York Ke Los Angeles 30 Minit

TENTERA Udara Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bahawa mereka berharap untuk mempunyai sebuah pesawat yang mampu merentasi beberapa negara dalam beberapa minit, menjelang 2023.

Portal MailOnline melaporkan beberapa ujian terhadap pelancar hipersonik telah dijalankan.

Terdahulu, pihak Tentera Udara AS hanya mengatakan bahawa ujian pesawat untuk peluru berpandu itu dapat dilakukan pada 2020.

Ketua Pakar Saintis Tentera Udara AS, Mica Endsley memberitahu Miliary.com bahawa Tentera Udara dan DARPA, yang merupakan entiti penyelidikan Pentagon di AS merancang untuk mempunyai sebuah pesawat udara hipersonik yang baharu dan ditambah baik menjelang 2023.

"Kelebihan hipersonik bukan sekadar ia sesuatu yang boleh pergi sangat laju tetapi ia boleh pergi dalam jarak yang sangat jauh dengan kelajuan itu.

"Sebagai contoh, hari ini untuk pergi ke New York ke Los Angeles mengambil masa lima jam penerbangan menggunakan pesawat komersial. Dengan aset senjata hipersonik, ia boleh melakukan perkara yang sama dalam tempoh 30 minit. Anda boleh pergi ke destinasi lebih jauh dengan kelajuan yang terbaik," katanya. 

Ujian itu merupakan yang keempat dan terakhir bagi penerbangan pelancar X-51A oleh Tentera Udara AS, yang melibatkan peruntukan AS$300 juta (RM1.1 bilion).

Dilaporkan, pesawat hipersonik boleh digunakan untuk mengangkut alat pengesan, kelengkapan atau persenjataan malah teknologi itu diharapkan boleh dijadikan sebagai pesawat penumpang. - MAILONLINE


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain