suria

Amaran Coklat Kondom Sempena Hari Valentine Di Indonesia

Acara bantahan tahunan MUI menolak sambutan Hari Valentine di Indonesia

JAKARTA: Coklat dibungkus dengan kondom antara produk yang dipasarkan secara meluas di sekitar Indonesia sempena sambutan Hari Valentine, Sabtu ini.

Senario ini membimbangkan pelbagai pihak hingga mendorong Majlis Ulama Indonesia (MUI) untuk melancarkan acara bantahan tahunan terhadap perayaan itu kerana menganggap ia boleh mengakibatkan berlakunya seks rambang serta amalan lain yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Setiap tahun, sekolah di Indonesia juga melarang pelajar menyambut Valentine, manakala organisasi berunsur Islam mengeluarkan pelbagai peringatan mengenai bahaya kelahiran bayi luar nikah akibat sambutan itu.

Ketua pergerakan wanita MUI ,Tuty Alawiyah memberi amaran keras kepada golongan muda supaya berhati-hati kerana adanya coklat yang dibungkus dengan kondom, serta produk lain yang bertujuan menggalakkan seks luar nikah.

“Banyak coklat perayaan Valentine dijual di pasar raya atau kedai runcit yang turut menyertakan kondom.

“Pemberian hadian boleh memberi kesan negatif apabila membawa kepada cumbuan atau perbuatan lain,” katanya.

Ia turut didakwa mengakibatkan tekanan kerana memaksa penyambutnya membuat pelbagai perancangan semata-mata mahu kelihatan romantik.

“Kenapa perlu tunggu sekali setahun?” soalnya Tuty yang pernah memegang jawatan menteri pergerakan wanita ketika pemerintahan Presiden B J Habibie.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Konflik Rusia-Ukraine Tamat

Artikel Lain