suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Maut Diratah Jerung

Pantai Shelly kini ditutup untuk aktiviti riadah.

SYDNEY: Seorang lelaki terbunuh apabila diserang jerung ketika sedang mandi di pantai Shelly, Ballina pada pagi Isnin.

Sehari sebelum kejadian maut itu, seorang lelaki mengalami kecederaan parah apabila turut diserang jerung ketika berada di pantai berhampiran.

"Seorang lelaki maut selepas mengalami kecederaan parah akibat diserang jerung ketika sedang mandi di pantai.

"Orang ramai cuba menyelamatkan mangsa ketika diserang dan ditarik jerung, tetapi tidak berjaya," kata polis tempatan.

Berikutan itu, pantai berkenaan ditutup untuk aktiviti riadah.

Lelaki yang cedera akibat diserang pada Ahad kini sedang mendapatkan rawatan di hospital berdekatan.

Jerung, Australia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain