suria

Pendakwaraya Mohon Kapten Feri Korea Dijatuhkan Hukuman Mati

SEOUL: Pendakwaraya kes feri tenggelam pada April yang mengakibat kematian seramai 300 orang dilaporkan meminta mahkamah menjatuh hukuman mati terhadap kapten feri berkenaan.

Akhbar tempatan negara itu, Yonhap melaporkan, Mahkamah Daerah Gwangju pada Isnin turut diminta menjatuhkan hukuman mati terhadap tiga lagi kru kerana didakwa cuai dalam mengendalikan feri sehingga tenggelam pada 16 April.

Keempat-empat mereka merupakan kumpulan mangsa pertama diselamatkan selepas feri itu tengelam.



Kejadian feri tenggelam merupakan insiden terburuk yang mengundang kemarahan masyarakat negara berkenaan.

Pelbagai pihak yang berang terhadap pengendali feri menyalahkan muatan kargo yang dibawa secara berlebihan sehingga menyebabkan feri tenggelam.

Berikutan itu, hukuman mati dianggap paling setimpal untuk keempat-empat kru berkenaan.


Korea, Feri

Artikel Lain