suria

Jokowi Umum 34 Anggota 'Kabinet Kerja'

Joko Widodo

PETALING JAYA: Presiden baharu Indonesia, Joko Widodo pada petang Ahad mengumumkan barisan 34 menteri kabinetnya di Istana Merdeka, Jakarta.

Senarai barisan menteri yang dinamakan 'Kabinet Kerja' itu diumumkan Joko dalam satu majlis khas yang turut dihadiri Naib Presiden, Jusuf Kalla.

"Alhamdulillah, pada sore (petang) ini, kabinet baharu sudah terbentuk, dan kita beri nama Kabinet Kerja," kata Joko seperti yang dilaporkan portal berita Indonesia, Antara News.

Pengumuman yang dibuat Presiden Indonesia ketujuh itu adalah lebih awal daripada tempoh yang dibenarkan selepas beliau mengangkat sumpah jawatan pada majlis pelantikannya, Isnin lalu.

Joko, 53, yang mesra dengan panggilan Jokowi mengambil alih pentadbiran daripada Susilo Bambang Yudhoyono yang tamat tempoh pentadbiran selama dua penggal.

Joko Widodo, Jokowi

Artikel Lain