suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Haji: Pendapatan Arab Saudi Meningkat Kepada RM26.35 Bilion

RIYADH: Arab Saudi bakal menerima pendapatan sebanyak SR32 bilion (RM26.35 bilion) sepanjang musim haji Oktober ini, peningkatan tiga peratus berbanding tahun lalu.


Dewan Perniagaan Mekah menyatakan, jumlah itu meliputi kos penginapan, makanan, minuman, cenderamata dan bil telefon untuk setiap jemaah asing.

Menurut laporan dewan itu, biasanya setiap jemaah haji asing akan membelanjakan sebanyak SR17,381 (RM14,362) sepanjang menjalankan ibadah itu.

Sementara itu, seramai 228,000 daripada lebih 1.3 juta jemaah haji asing yang bakal menunaikan ibadah itu tahun ini membabitkan rakyat negara Asean, termasuk Malaysia.

Selain itu, jumlah penduduk negara Asia Selatan direkodkan sebagai jemaah haji paling ramai tahun ini iaitu 410,000, diikuti jemaah dari negara-negara Arab iaitu 250,000 orang.

Menurut Kementerian Haji Arab Saudi, seramai 190,000 jemaah pula datang dari Turki dan negara Eropah, manakala 170,000 pula jemaah bukan negara Arab dan Iran (63,000).

Ahli Jawatankuasa Haji dan Umrah Negara, Saad Al-Qurashi berkata, seramai 150,000 jemaah tempatan, termasuk pegawai turut dijangka menunaikan haji dan daripadanya seramai 41,000 jemaah bakal mendapat manfaat daripada kos perkhidmatan haji rendah.

 



Arab Saudi, jemaah haji

Artikel Sebelum

Artikel Lain